Sebuah kesatuan sekerja yang mengambil berat tentang kepentingan pegawai kelautan akan menyumbang sebanyak $1.2 juta sepanjang dua tahun untuk menggalak syarikat perkapalan setempat memberi peluang latihan kepada kadet kelautan. Syarikat kelautan itu akan menerima $5,000 daripada Kesatuan Pegawai Kelautan Singapura (SMOU) bagi setiap kadet warga Singapura yang ia ambil di bawah program Anugerah Latihan Kelautan Tiga Pihak dan Anugerah Latihan Kejuruteraan Tiga Pihak.
Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. Permission required for reproduction
|